Rabbiauzi'nī an asykura ni'matakallatī an'amta 'alayya wa 'alā wālidayya wa an a'mala ṣāliḥan tarḍāhu wa aṣliḥ lī fī żurriyyatī, innī tubtu ilaika wa innī minal-muslimīn. Artinya : "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu-bapakku
Rabbi auzi'nii an asykura ni'matakal latii an'amta 'alayya waalidayya wa an a'mala shaalihan tardhaahu wa adkhilnii bi rahmatika fii 'ibaadikash shalihiin Artinya: "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku (ilham dan kemampuan) untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan untuk tetap mengerjakan
Berikut doa meminta rezeki lancar, doa meminta rezeki halal, doa meminta kemudahan alam segala urusan, dan doa senantiasa bersyukur kepada Allah SWT.
Ka`ab bin Abdul Malik melaksanakan sujud syukur ketika mendengar bahwa tobatnya diterima oleh Allah SWT. Bacaan dalam sujud syukur Ketika melakukan sujud syukur, hendaklah membaca doa sebagai berikut : Rabbi auzi`ni an asykura ni`matakallati an`amta `alayya wa `ala walidayya waan a`mala shalihan tardhahu waashlih li fi dzurriyyati inni tubtu
Rabbi auzi’nii an asykura ni’matakallatii an’amta ‘alayya wa ‘alaa waalidayya wa an a’mala ṣaaliḥan. tarḍaahu wa adkhilnii biraḥmatika fii ‘ibādikaṣ-ṣaaliḥiin. Ertinya:- “Ya Tuhanku, anugerahkan-lah aku. ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang. telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada
Robbi auzi'niii an asykura ni'matakal latiii an'amta 'alayya wa 'ala waalidayya wa an a'mala sholihan tardhohu wa ashlih lii fii dzurrtatii, inni tubtu ilaika wa innii minal Muslimiin.
“Rabbii Auzi’nii an asykura ni’matakallati an ‘amta ‘alayya wa’alaa waa lidayya wa an a’mala shaalihan tardhaahu wa adzkhilnii birahmatika fii ‘ibadikasahalihiin.” Artinya: Ya Tuhanku, berikan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau ridhai, dan masukkan lah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba
Rabbiauzi'nii an asykura ni'matakal latii an'amta 'alayya wa 'alaa waalidayya wa an a'mala shaalihan tardhaahu wa akhhilnii bi rahmatika fii 'ibaadikash shaalihiina. Sulaiman berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal
Apalagi menurut ajaran agama Islam, salah satu hal yang dapat mengubah takdir adalah doa. Dengan membaca doa pembuka rezeki dagang, kita tidak hanya mengandalkan usaha yang kita lakukan agar dagangan laris dan memperoleh keuntungan. Dengan membaca doa pembuka rezeki dagang, kita juga mengandalkan pertolongan pertolongan dari Allah SWT.
Doa Dagangan Laris Nabi Sulaiman Doa dagangan laris Nabi Sulaiman ini merupakan bagian dari Surat An Naml ayat 19, yang berbunyi sebagai berikut: رَبِّ
xlhFEk. Kita tidak akan pernah faham akan sukarnya menjadi seorang ibu bapa bila mana kita belum lagi mempunyai keluarga sendiri dan anak-anak. Begitulah proses hidup yang pasti semua orang akan jalaninya. Justeru itu sebagai seorang anak, kita mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa yang perlu ditunaikan untuk memberi kebahagiaan dan meringankan beban mereka. Antara tanggungjawab yang mudah dan pasti mampu kita lakukan adalah dengan mendoakan mereka. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda doa ibu bapa yang bagus untuk diamalkan. Doa Untuk Ibu Bapa Menurut Al-Quran Berikut ini adalah himpunan doa ibu bapa yang boleh dibaca berpandukan rujukan di dalam Al-Quran. 1. Doa Ibu Bapa Umum اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama robbayani soghiro’ Maksudnya “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.” Jika dibacakan secara beramai-ramai, boleh tukarkan lafaz doa seperti yang berikut اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayani soghira’ Maksudnya “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.” 2. Surah Al-Isra’, ayat 24 رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا Rabbir hamhuma kama rabbayani soqhiro Maksudnya, “…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’” Surah al-Isra’, Ayat 24 3. Surah Ibrahim, ayat 41 رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ Rabbanagfir li wa liwalidayya wa lil mu`minina yauma yaqumul hisab’ Maksudnya, “Tuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab hari kiamat.” Surah Ibrahim, Ayat 41 4. Surah Nuh, ayat 28 رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا Rabbighfir li wa liwalidayya wa liman dakhala baitiya mu`minaw wa lil mu`minina wal mu`minat, wa la tazidiz zalimina illa tabara’ Maksudnya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” Surah Nuh, Ayat 28 5. Surah An-Naml, ayat 19 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ Fa tabassama dahikam ming qauliha wa qala rabbi auzi’ni an asykura ni’matakallati an’amta alayya wa ala walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa adkhilni biraḥmatika fī ibadikas salihin’ Maksudnya, “…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” Surah an-Naml, Ayat 19 Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ketika hidup Seorang anak bertanggungjawab terhadap ibu bapanya ketika masih hidup dengan melakukan beberapa perkara seperti 1. Taat kepada perintah ibu bapa Selagi mana suruhan dan kemahuan ibu bapa tidak melanggar syariat Islam, maka kita wajib untuk mentaati segala perintah mereka. Ibu bapa adalah pintu rezeki bagi seorang anak. Dengan berbakti kepada kedua ibu bapa, rezeki kita akan menjadi melimpah ruah dan hati akan menjadi lebih tenang 2. Tidak meninggikan suara kepada ibu bapa Berkata “ah” pun tidak boleh apatah lagi sehingga sampai meninggikan suara kepada ibu bapa. Firman Allah SWT bermaksud “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” – Surah Al-Isra’ ayat 23 3. Membantu ibu bapa apa yang termampu Selagi ibu bapa masih ada, berbaktilah kepada mereka semampu yang kita boleh dan terdaya sama ada dari segi kewangan, bakti kudrat tenaga, kasih sayang, dan sebagainya. 4. Melayani dengan sopan dan menghormati ibu bapa Bersopan santun dan sentiasa menghormati ibu bapa dalam apa jua yang keluar dari bicara atau dari perlakuan kita adalah tanggungjawab seorang anak yang wajib kita jalankan. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda Maksudnya “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya “Siapa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak menjadikannya sebab masuk syurga.” Hadis Riwayat Muslim Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang meninggal dunia Apabila terputus alam antara alam dunia dan alam barzakh, itu tidak bermaksud terputus juga ikatan seorang anak terhadap ibu bapanya. Masih ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan kepada mereka antaranya seperti 1. Menguruskan pengebumian ibu bapa Tanggungjawab menguruskan pengebumian ibu bapa adalah penghormatan terakhir yang kita boleh buat. Kumpulkan adik-beradik kita semua untuk sama-sama menguruskan proses pemandian jenazah ibu bapa, mengkafankan, menyembahyangkan, dan seterusnya memasukkan mereka di dalam liang lahad. 2. Melangsaikan hutang piutang yang masih tertunggak Sekiranya sebelum ibu bapa meninggal dunia, masih terdapat hutang-piutang yang ditinggalkan mereka. Maka menjadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya setakat yang termampu. Hal ini bagi memudahkan perjalanan mereka di alam barzakh sana. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, “Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” Hadis Riwayat at-Tirmidzi 3. Mendoakan ibu bapa Doa seorang anak kepada ibu bapanya adalah setiap masa. Bagi ibu bapa, doa seorang anak adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka tidak perlukan wang ringgit yang banyak, harta yang melimpah ruah, atau kebahagiaan dunia sementara ini. Sebaliknya melihat anak-anak boleh terdidik dan membesar menjadi anak yang soleh maka itu sudah cukup memberikan kebahagiaan kepada diri mereka. 4. Melakukan sedekah dan infak atas nama ibu bapa Sedekah jariah dan infaq di jalan Allah atas nama arwah ibu bapa kita sendiri, insha Allah akan mengalir pahala kebaikannya seperti air yang tidak akan pernah berhenti. Diharapkan semoga perkongsian artikel kami berkenaan dengan doa ibu bapa ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berfaedah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sumber Irsyad Al-Hadith Siri Ke-416 Lafaz Doa Kedua Ibu Bapa. Mufti Wilayah Persekutuan Jangan Abaikan Ibu Bapa Yang Berumur Lanjut. Media Permata 388 Baca Surah Al-Mulk Kepada Arwah Ibu Bapa. Maktabah Al Bakri